Sye sYg k0RanG leLeBih taw

Sye sYg k0RanG leLeBih taw..buktinyer....
kte nk korang brubh jd insan yg mengamalkn
cre idowp islam yg btol dgn brkongsi ilmu cam
kt bwh nih..moga2 dpt msuk syurga sme2..:)

Saturday, 24 December 2011

CORETAN PENDOMAN


   Abangku dikurniakan banyak nikmat...
   Ada orang kata dia "hensem",pandai
    tinggi ilmu agamanya..( ada pakej )..
 namun kuasa Allah..dia insan istimewa
 yang Allah sentiasa lindungi..berkat doa 
    ibu bapa kami dan doanya sendiri..
   keistimewaannya ialah dia selalu
 menjadi tarikan orang..mereka selalu
    ingin menjadi rapat kepadanya..
   senang cerita dia mempunyai aura
   tarikan..langit tidak sentiasa cerah.
 kadang-kadang hujan jua..begitulah
     juga abangku..kelebihannya  
        menjadi kemarahan dan
    menjadi kesempatan buat insan
    yang hidup kerana dunia..dia
    selalu dihantar "benda" untuk
   kepentingan manusia durjana itu..
kuasa ALLAH mengatasi segalanya.
mungkin ALLAH mahu kita sentiasa
  meminta bantuan-NYA..suatu hari, 
  cuti semester tiba..abangku pulang.
     dia sepi..tidurnya memanjang..
 apabila dikejut( itupun hanya waktu
 solat )..marah..ibu bapaku bingung..
 makan tidak..tidur...dia tidak mampu
     membezakan mimpi aau realiti..
      ustaz dijemput..ada "benda"
   mengacaunya demi merosakknnya..
    dia diubati..tamat..tahun hadapan..
  bapaku kenal seorang ustaz..bapaku
   selalu merujuk kepadanya masalah 
  berkenaan agama..disitulah abangku
mula mengenalinya..namun kuasa ALLAH 
  membongkar segalanya...dia pengamal
 ilmu ( saya tidak tahu nak diketegorikan )
    WALLAHUA'LAM..dia mengajar
 bapaku ilmu yang pelik untuk "mengunci"
   rumah kami kerana kami dihantar
 benda oleh jiran kami sendiri..rahsianya
  terbongkar apabila bapaku diganggu..
    ilmu yang diajar diamalkan..namun 
    gangguan mula muncul..lalu seorang
ustaz dijemput..dia menyatakan ilmu yang 
   diajar salah..kerana ilmu "mengunci"
   rumah itu adalah meminta benda lain
 menjaga kami sekeluarga..upacaranya
pun pelik..tidak kami sangka.membentuk  
     jari segi tiga merupakan simbol
dajal..NAU'ZUBILLAH..rahsia terbongkar.
   usaha untuk rapat dengan abangku 
  gagal..bapaku mengasingkan abangku
     darinya untuk mengelakkan apa-
     apa niatnya terhadap abangku..
      dia cuba menjejaki abangku.
  namun ALLAH sentiasa melindunginya..
      namun kisah abangku belum
 bertemu penghujungnya..kami ingatkan 
  dia sudah pulih..tanggapan kami salah..
 cuti  hujung minggu tiba..abangku pulang..
    normal..menegurku..macam biasa.
   kami berkumpul tuk menikmati maggi
  bersama kerana lapar ditengah malam..
      abangku mandi..habis kami makan..
   tv ditonton bersama..bapaku bangun,
    naik tingkat atas..bunyi bising..kami
    meluru ke tangga..along baru keluar
    bilik air..bertuala..berhadapan bapa..
   mengugut-ugut mencederakan bapa
 serta dirinya sendiri..kemudian bapaku
bertanya awak ini siapa?.dia mengaku along.
tipu..nama adik disebut..diarah mengambil seluar.
.peluh bercucuran..mukanya serius..tiba duduk
disofa..ketawa..bapa menyoal
.mulut kami mula berkumat-kamit membaca 
ayat kursi..ketawa lagi..bapa mendail nombor
ustaz..tiada sahutan..aku bingkas bangun
mencapai Al-quran elektronik..
ayat kursi mula kedengaran..volume dikuatkan.
"Aah"..menjerit.."tajwid betol.sialla"..
maki hamun mula dituturkan kepada ibu bapa 
 kami.."cepat letak ayat tu kat telinga aku.."
 arah along..alongku semakin mengganas..
       bapa memegang tangannya..
namun, sampai ayat 'wasi'a' dan seterusnya
    barulah along semakin lemah..
ayat itu terus diperdengarkan..berulang-ulang..
along seperti berkata-kata sediri..seperti perbualan..
cuma bezanya suara lagi satu sengau..aku ingatkan 
along gila..rupanya..'benda' tu berselang-seli
menguasai abangku..kejap along..kejap 'benda' tu..
 pelik..tapi itulah..badan along merah seperti
   sunburn..penangan ayat kursi...perbualan
  terus..akhirnya 'benda' itu mengaku yang
dia mahukan abangku..dia marah along sebab
     tidak join prniagaan riba yang boleh
    membawa untung besar..( perniagaan
      ditawarkan kepada abangku oleh
   temannya..setuju..hati rasa lain macam..
call ustaz..meminta pendapat..sedar itu riba..
          batal ).ia semakin lemah.
  along mengajarnya kalimah syahadah.. 
kalimah diejek..mengakui kebesaran ALLAH..
tapi membenci sehingga tidak mampu mengucap
'muhammad'..malah ia cuba pula menghasut murtad..
    serta memuji along berkuasa,pandai.
along menetapkan pendirian..HIDUP MATINYA
HANYA UNTUK ALLAH DAN RASUL-NYA,
  MUHAMMAD..along memberi tiga peluang
untuknya mengucap..namun ia terus mempermainkannya.
    sehingga..akhirnya along menyembelihnya
   menggunakan tangannya dengan kalimah
  BISMILLAH..along menggelupur..kalimah
  syahadah trus diajarkan kepada ia..namun
  'ia' tetap bongkak mengatakan 'ia' lg hebat
berbanding nabi kita yang agung..ia mahu keluar
  dari badan along..along tidak benarkan untuk
memastikan ia benar-benar mati..along bersilat..tamat..
   along longlai untuk bangun..air sembahyang
  diambil..sembahyang didirikan.3 pagi.bapa tidak
   terus tidur..terus berjaga mengawasi along..
kami yang lain sedang bermimpi( tidur )..ALLAH
  berkuasa..tiada siapa yang mampu melawan..
   rupanya 'ia' dihantar dari sumatera untuk 
 mengaut untung perniagaan riba' itu melalui
                    abangku..
AMBILLAH PENGAJARAN MELALUI PERISTIWA
  INI..SESUNGGUHNYA ALLAH BERKUASA 
          ATAS SETIAP MAKHLUK
  DAN KITA TIADA KEKUASAAN WALAU 
        SEKECIL ZARAH PUN..IN
KEPADA-NYALAH KITA BERSERAH DAN
   KEPADA-NYA KITA KEMBALI

          WALLAHUALAM..











No comments: